Assalamualaikum
Ralat di atas jarang-jarang berlaku. Tapi kalau berlaku, pening jugak sebab tak boleh load winxp.
Apabila komputer dibuka, terus akan keluar \WINDOWS\SYSTEM32\CONFIG\SYSTEM please use the original setup cd……. . Jangan susah hati sebab masalah ni boleh diselesaikan dalam masa 20 minit. Tapi kalau komputer yang menggunakan hard disk SATA, ada susah sikit la.
Windows di dapat dibuka kerana fail yang dinyatakan hilang atau rosak.
\WINDOWS\SYSTEM32\CONFIG\SYSTEM or \WINDOWS\SYSTEM32\CONFIG\SOFTWARE
Penyelesaian
1. Boot komputer menggunakan cd installer Windows XP.
2. Tekan butang ‘R’=Repair options. Windows akan terpapar dalam bentuk DOS.
3. Tekan no di mana lokasi windows yang hendak dibaiki.
Biasanya tekan #1
4. Taipkan administrator password apabila diminta. Kalau tiada,biarkan kosog dan tekan enter.
5. taipkan arahan berikut cd \windows\system32\config
6. Bergantung kepada fail yang rosak sama ada software atau system, taipkan arahan berikut.
ren software software.bad atau ren system system.bad
7.Bergantung kepada fail yang rosak sama ada software atau system, taipkan arahan berikut.
copy \windows\repair\system
copy \windows\repair\software
8. Keluarkan CD windows dan taipkan exit untuk keluar.
Selamat mencuba……
Filed under: Artikel dan panduan