SISTEM RANGKAIAN KOMPUTER (1)

1.Pengenalan Sistem Rangkaian.

lan.jpg

  • Rangkaian komputer bermaksud sambungan dua atau lebih perkakasan komputer yang terpisah secara fizikal tetapi disambungkan secara operasinya.
  • Rangkaian komputer merupakan satu sistem komputer yang mengandungi dua atau lebih komputer yang dihubungkan di antara satu sama lain melalui sistem operasinya yang selaras walaupun komputer-komputer tersebut berada di tempat-tempat yang jauh.
  • Rangkaian komputer menggunakan kabel, talian telefon, gelombang radio, satelit dan infra red.

2.Jenis-jenis Rangkaian

Terdapat 3 jenis rangkaian secara asasnya iaitu :

  • MAN (Metropolitan Area Netword)
  • Wan (Wide Area Network)
  • Lan (Local Area Network)

2.1 MAN (Metropolitan Area Network)

wan.jpg

  • Satu jaringan yang meliputi satu kawasan yangluas tetapi masih terbatas kepada suatu tempat yang sama.
  • Contohnya campus universiti, sekolah bandar dan sebagainya.

2.2 WAN (Wide Area Network)

wan.gif

  • WAN dalah satu rangkaian komputer yang dijalinkan ke seluruh pelusuk dunia tanpa mengira keadaan geografinya.
  • Contohnya pengguna di Malaysia mendapatkan maklumat dari satu tempat host yang terdapat di Singapura.
  • Jaringan ini dijalankan dengan menggunakan talian telefon dan satelit.

2.3 LAN (Local Area Network)

lan.gif

  • LAN ialah rangkaian setempat
  • Beberapa PC boleh disambungkan bagi mendapat kemudahan yang terdapat dalam rangkaian.
  • Mempunyai station kerja yang disambungkan kepada server.

sambungan siri 2 – Perkakasan dalam Rangkaian………..

Leave a comment